Saturday, 18 April 2015

Boost Momentum di Thistle Hotel

Alhamdulillah berkesampatan join kelas santai ari ni. Jam 10 pagi di Hotel Thistle Johor Bahru. Jauh master kami ni mai. Penang mari. Kagum dengan semangat beliau, sanggup amik effort untuk datang jengok cucu cicit untuk bagi semangat. Manis je orangnya.

Anies sampai agak terlewat gak tadi. Adalah lewat dalam 10 minit. Masa sampai tu mereka dah start kelas pun. Ish rugi - rugi. Huhu. Tapi masih dapat tangkap lagi apa yang dibincangkan.


Masa ni best sangat dengar kisah beliau. Bagaimana naik step demi step. Banyak tip - tip yang beliau share kan untuk berjaya dalam shalklee ni, tinggal follow sahaja. Seronok sangst berada dalam organisasi ni. Rasa banyak sangat ilmu yang diturunkan.
Bukan senang nak jumpa beliau kan, apalagi korek abis la rahsia beliau dapatkan 5 angka ni.


My sifu 😍😍

Selesai class ni apalagi mulalah sesi bergambar dan berselfie. Hihi

Paling pentig sekali anies nak share satu TIP ISTIMEWA dari beliau. Tip - tip ni sangat exclusive tau. Khas untuk mereka yang berada dalam empayar kami sahaja

Tapi malam ni anies nak share satu tip yang sangat best. Iaitu LAW OF ATTRACTION. LIKE ATTRACT LIKE

Apa tu? Maksudnya kita attract apa yang kita nak. Benda tu akan datang ada kita. Kena yakin.
Contoh kita nak kaya, attract KEKAYAAN tu.

Cara?
Bayangkan diri kita yang kaya, setiap malam sebelum tidur bayangkan impian tu jadi kenyataan. Kena suka orang kaya, berjiwa n bersikap sePerti orang kaya. Percayalah MAGIC tu akan muncul. sebab kita dah cipta magnet dah.

Yakinlah pada kuasa dan kemampuan ALLAH untuk memberi. Jangan dilihat kemampuan manusia yang terbatas. Tetapi lihat la KEKUASAANNYA.

Assalamualaikum dunia ;)

kun fayakun. Nak tip lagi?


Coaching Santai di Thistle Hotel

Bestnya hari ni


Thursday, 16 April 2015

Sambal Tumis Udang ~ Tadaa

Bismillahirrahmanirahim
Selamat pagi cinta. Semalam baru je post tentang terliur tengok resepi Udang Masak Sambal Kak Azlita.

balik kerja terus laju - laju pergi Perling Mall. Hihi. Mencari udang. Alahai udang semua comel - comel. Tak besar pun. Bolehlah buat syarat.

Selesai cari udang, terus laju laju balik. Jom start projek memasak. Anak dara jarang masuk dapur, gini la rupanya. Excited nak masak. Hihi


Follow macam dalam blog kak Azlita, guna bawang merah. Selalu memang buat guna bawang besar terus. Hari ni kita follow resepi. Lepas tu goreng udang tu dulu. Goreng sampai warna dah oren - oren, then baru angkat. Biasa masuk dalam sambal terus. Tapi hari ni cuba cara kak Azlita.

Cuma yang specialnya lepas siap goreng, anies kopek kulit udang tu. Al maklum la biar senang masa makan nanti. Terus masuk mulut. Apalagi makin kecil la udang tu jadinya.


Settle kerja tumis menumis. Finally, inilah hasilnya. Tadaaaaaaa


Sedap. Menjilat jari bila makan. Berpeluh memang wajib la. Sebab anies memang suka pedas, so anies kurangkan gula. Kalau dapat udang besar. Confirm lagi sedap. Nyumm nyumm

Itu saja celoteh pagi ini, terima kasih sebab sudi singgah. ;)

Assalamualaikum